Monday, August 15, 2016

Childhood : Tadika

Basically, aku start masuk tadika umur 4 tahun, first tadika aku nama Tadika Sayang. Tadika swasta. Kat tadika ni dulu macam-macam aku belajar dan masa ni aku taklah sepopular masa aku umur enam tahun, which is dah lain tadika.

Macam ni kot gambar tadika sayang, dari ingatan aku.

Kat sebelah kiri tadika tu ada main road, so masa main aku ngan member aku sorang, selalu lepak tepi kaki lima menghadap ke jalan tu dan tengok kereta konon konon kereta tu berlanggar sambil buat bunyi meletup dan besi terkopek. Dan kat kaki lima ni jugak aku datang pagi-pagi jumpa 'geng' aku.
Yang hantar aku ke tadika selalunya abah. Naik kereta wira.

Entah kenapa, pagi pagi kalau aku bangun ja mesti nak nangis, Sambil bangun amik kain tuala, pergi mandi dengan air yang mak aku didihkan campur ngan sedikit air sejuk pon aku merengek. Duduk dalam kereta ke tadika aku akan tidur sebab harapan mungkin bapak aku akan kesian aku tidur dan hantar aku balek rumah which is never happen dan seingat aku, nak masuk ke tadika tu adalah satu benda yang sukar bagi aku, tak tahu kenapa, nak cakap aku jenis suka duduk celah ketiak parents tak jugak, mungkin aku ni rebelious ja walaupon baru umur empat tahun. Pernah jugak sekali sampai pengetua tadika tu datang tolong ayah aku tarik aku keluar dari kereta sambil pujuk pujuk aku. Aku rasa tu kot yang aku mau.
Balik tadika tengok tv.

Selalu dulu balek tadika, aku dengan member member aku yang mostly semua anak-anak rakan sekerja mak aku: kami akan carpool diambil oleh husband-husband rakan sekerja mak aku termasuk ayah aku. Ikut giliran, harini ayah dia, esok ayah dia dan seterusnya. Balik tadika selalunya aku akan tengok tv terus buang baju letak tepi ja dan seluar tadika, sampai lah bapak aku suruh salin. Hari hari benda yang sama. 

Wednesday, May 23, 2012

Supper lagi



Sandwich telur, Sori resipi takdak, Siapa tak pandai buat sandwich adalah retards.
The End~~

Saturday, July 23, 2011

Orang muda sahaja yang perlu hormat orang tua


Orang muda vs orang tua. Of course tak kira dalam bangsa atau agama sekalipun. Orang tua perlu didahulukan. Yalakan, mereka lebih banyak makan garam sehingga mampu mendapat darah tinggi, kencing manis, diabetes .etc. 

Tapi sometimes, orang tua boleh jadi sebeban-beban mungkin dan mereka tak pedulikannya pun.

Jumaat lepas, aku ke kenduri di rumah kawan aku, Buffet. So masa beratur tu of course la aku beratur dengan berhemah sebab aku tak suka potong line. Nampak tak cool. But as the tittle says, orang tua adalah seperti raja di sini, yala, aku beratur lama kot. Selamba ja kena potong line. Dan boleh pulak si orang tua yang sangat matang tu bersembang lepas buboh nasik dalam pinggan. 

aku macam : "kamon la tokwan!! aku belom buboh nasik lagi ni, hangpa pi la buboh lauk pulak!!" of course la dalam hati saja suara macam tu. Aku masih setia kepada agama dan adat (is it??)

Orang tua juga bermaksud orang yang lebih tua, macam Cikgu~~

Aku pernah kena marah dengan cikgu dan ditanya sebab apa aku datang sekolah lewat, so aku pon jawab aku bangun lewat, it's simple and logic, you can say you believe it or not but why the hell cikgu tu balas "menjawab menjawab" see!! Orang tua tak perlu cakap benda yang logic untuk menang. Sebab tu sekarang kita hidup tak bahagia. Orang yang rasa dia lebih tinggi akan gosok bontot dia dekat muka kita, bukan aku nak cakap yang kita perlu lawan orang tua kita. Tapi aku cuma mahu sampaikan kepada generasi sekarang yang fikirkan tolak ansur itu perlu dalam apa hal sekalipun. Kenapa aku sampaikan kepada generasi sekarang? Sebab orang tua takkan dengar cakap orang kena calit taik dekat muka ni. So aku sampaikan dekat hangpa semua la. 

Seriously aku cakap, even ada budak buat kurang ajar dengan aku sekalipun, aku takkan marah, aku takkan "celaka punya budak, kecik-kecik dah nak mampus~~". 

Tuesday, July 5, 2011

Musim Buah



Sekarang di kampung aku ni musim buah. Tapi dah nak habis la musim pun. Selalu dekat kampung, masa musim buah ni budak-budak kampung akan kutip buah dan jual. Memang harganya berpatutan la. Sebab buah manggis paling sikit pun dapat la 50-60 ringgit untuk satu pokok. Tak kira lagi budak-budak yang ada dusun Datok, Nenek, Tokwan dan Tok. Macam aku pula, musim buah ni musim makan buah la. Lagipun aku malas nak kutip buah tu untuk jual. Yala, nak kena isi dalam guni ulang sampai 4-5 trip untuk angkut buah ke tempat nak dijual tu. 

Jadi dalam 4 pokok manggis, 2 pokok rambutan, dan dalam dusun nenek aku sebelah rumah aku ni entah berapa pokok durian, manggis, rambutan, petai, langsat, dan banyak lagi aku dah lupa. Aku cuma makan durian untuk musim buah ni 6 ulas(seingat aku la), rambutan 10 biji rasanya, dan manggis tak terkira banyaknya aku makan, buah kesukaan aku la. 

Jadi cakap saja tak guna, layan saja gambar buah-buah dekat rumah aku, (gambar kredit kepada abang aku di facebook)